Koleksi Farmhouse beri nafas baharu buat  kediaman. Jadikan design ini sebagai inspirasi untuk Aidilfitri

Dari Penulis

Mungkin ada yang sudah bosan dengan susun atur kediaman dan mahukan sesuatu yang baharu untuk menaikkan seri rumah menjelang Aidiltri nanti. ‘Spice up’ suasana dengan koleksi bertemakan konsep Farmhouse (Rumah Ladang) serta klasik.

Koleksi terbaharu Fella Design ini didatangkan dengan tiga pilihan iaitu Classic Cottage (Pondok Klasik), Rustic Farmhouse (Rumah Ladang Desa) dan Modern Farmhouse (Rumah Ladang Moden).

Menurut Ketua Pemasaran Fella Design, Nicole Chen, koleksi ini menggabungkan konsep rumah ladang Amerika yang sentiasa malar segar dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah dengan pengalaman lebih 38 tahun dalam bidang perabot, rekaan yang ditonjolkan ini sesuai dengan pelbagai rekaan perabit dan kekal relevan sepanjang zaman.

“Setiap koleksi disusun dengan teliti untuk menggabungkan unsur tradisional bersama kontemporari. Fella Design terkenal di Malaysia dengan sofa yang kukuh dan tahan lama yang dilapisi dengan cetakan bunga kotej Inggeris. Kami mahu memperkenalkan sesuatu yang bertenaga dan baharu dan pada masa yang sama mengekalkan identiti kami.

“Konsep Rumah Ladang sangat cantik, ia direka untuk menarik kedua-dua generasi sama ada yang tua mahupu yang muda. Koleksi Classic Cottage dan Rustic Farmhouse adalah sesuai untuk golongan pertengahan dan ke atas,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengenalan Koleksi ‘Farmhouse’ Fella Design baru-baru ini.

Rekaan ini mula dipamerkan di Ibu Pejabat Fella Design, Bukit Subang dan bakal dibawa di kesemua 22 cawangan Fella Design seluruh negara dalam masa terdekat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

The Mangrove at Carey Circles, destinasi percutian serba lengkap di Pulau Carey

PULAU Carey merupakan sebuah pulau kecil di Kuala Langat, Selangor yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar...

More Articles Like This