Syoknya berbuka puasa dengan Nasi Kerabu Secret Recipe, sesuai untuk dua hingga empat orang

Dari Penulis

Dengan tema ‘Jom Berbuka’, Secret Recipe melancarkan menu Nasi Kerabu Istimewa untuk hidangan dua hingga empat orang bermula 8 Mac hingga 9 April.

Hidangan yang ditawarkan sepanjang Ramadan buat tahun keempat berturut-turut ini menyediakan empat pilihan antaranya Nasi Kerabu dengan Ikan Saba Kunyit Bakar, Nasi Kerabu dengan Sotong Goreng Kunyit, Nasi Kerabu dengan Ayam Percik dan Nasi Kerabu dengan Ayam Rangup

Menurut Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee, menu ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan sesuai untuk berbuka puasa.

“Nasi Kerabu yang berasal dari negeri Kelantan di pantai timur Semenanjung Malaysia ialah hidangan kegemaran ramai yang bukan sahaja dinikmati semasa Iftar tetapi juga dalam pelbagai majlis keramaian. Hidangan nasi biru berlauk ini pasti sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dan sanak saudara semasa berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan,” jelasnya.

Hidangan utama dalam menu ini adalah Nasi Kerabu berwarna biru yang dihidangkan bersama telur masin, sayur segar, keropok ikan, sos kelapa, sambal dan sos budu untuk memberikan tekstur dan perisa lebih lazat.

Set ini turut disertakan dengan minuman Rose Calamansi Fizz atau Plum Calamansi Fizz dengan harga diskaun RM6.80.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Evotooth Platinum Sdn Bhd diiktiraf The Asia Records atas tiga inovasi kesihatan mulut pertama di dunia

The Asia Records dengan bangganya mengiktiraf Dr Martin Ong dan Evotooth Platinum Sdn Bhd atas pencapaian tiga mercu tanda...

More Articles Like This