Polis kini mengesan pemilik akaun Twitter bernama Shabina.

POLIS kini mengesan pemilik Twitter bernama Shabina, selepas tular satu kicauan yang menyatakan bahawa pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) di outlet Secret Recipe Bukit Jelutong telah ditumbuk.

Selain ditumbuk pekerja itu juga didakwa gajinya dipotong gara-gara pelanggan enggan membuat bayaran atas kesilapan pekerja OKU tersebut menghantar makanan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan awal melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiada pergaduhan yang menyebabkan berlaku perbuatan pukul memukul antara pekerja OKU dengan tiga pekerja yang lain.

Baca artikel berkaitan: Jurujual wanita rugi RM382,517.47 ditipu sindiket pelaburan mata wang asing

Katanya, pengadu juga menafikan dia berada di outlet Bukit Jelutong dan memukul pekerja OKU tersebut pada 20 April, kerana telah ditugaskan menjaga outlet di Star Avenue.

“Petugas yang dikatakan OKU tersebut, berumur 31 tahun telah membuat laporan polis menafikan bahawa dia dipukul dan gajinya dipotong sebagaimana tular di laman Twitter ‘Shabina,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Tambahnya, petugas tersebut juga menyatakan bahawa dia tidak mempunyai kad OKU dan telah bekerja di outlet tersebut selama 8 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Roshaza Azeera ditalian 011-39865660/ 03-55202222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram