Berdasarkan sambutan hangat yang diterima terhadap menu Nasi Kerabu tahun lalu, Secret Recipe tahun ini kembali lagi dengan menu sama bersama tambahan kelainan yang akan memikat pelanggan sempena kehadiran bulan Ramadan.
Menerusi menu ‘Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah’ yang akan berlangsung sepanjang bulan puasa, siri nasi kerabu kali ini menampilkan hidangan yang diperkaya dengan cita rasa moden.
Sebagai pembuka selera, pelanggan boleh memilih ayam goreng kunyit atau pilihan kerabu yang disediakan iaitu kerabu udang, sotong atau ayam, yang dihidangkan bersama campuran sayur, sos berperisa masam pedas dan kacang tanah cincang.

Untuk hidangan utama pula, menu sajian khas ini terdiri daripada Nasi Kerabu Ayam Berempah dan Nasi Kerabu Ikan Saba Kunyit yang dihidangkan dengan nasi biru bunga telang.
Di samping itu, salah satu sajian yang kembali atas permintaan ramai adalah Nasi Kerabu Ayam Percik yang disediakan sebagai hidangan utama.

“Pada 2023, Mira menetap di Kelantan selama lebih sebulan untuk penggambaran sebuah filem. Di situ Mira makan nasi kerabu yang paling sedap pernah Mira jumpa. Dan juga pertama kali Mira makan budu. Rupa-rupanya sedap sangat nasi kerabu dengan budu di Kelantan tu.
“Kali ini bila Mira berkolaborasi dengan Secret Recipe sempena menu nasi kerabu untuk bulan Ramadan, Mira sendiri request supaya ditambah menu nasi kerabu ayam berempah,” ujar Mira Filzah yang merupakan duta Secret Recipe.

Menu ‘Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah’ akan dihidangkan dalam bentuk set pilihan untuk seisi keluarga sepanjang bulan Ramadan ini.
Pelanggan boleh memilih antara dua set pilihan. Pertama, set untuk dua orang iaitu dua hidangan utama yang dihidangkan bersama satu pembuka selera pada harga RM56.80. Kedua, set untuk tiga orang yang menawarkan dua pembuka selera bersama tiga hidangan utama yang berharga RM80.80.
Menu ini boleh dinikmati bermulai 1 Mac di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Semenanjung kecuali AEON Mall Taiping.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

