“12 APRIL ini kita kena ada semangat kerja.”
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri Majlis Iftar MADANI seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada kerajaan bercadang memberi hari kelepasan am tambahan pada 12 April ini iaitu hari Jumaat.
Ia sekali gus memberi bayangan tiada cuti am tambahan akan diberikan pada 12 April itu sempena Hari Raya Aidilfitri.
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 10 April ini iaitu hari Rabu.
Baca artikel lain: Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Hari Kelepasan Am diberikan selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis, 11 April.
Tahun lalu, kerajaan memberikan satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.
Ketika itu, tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu, 22 April 2023 dengan kerajaan menetapkan hari Jumaat iaitu 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

