Jenama fesyen tempatan, LILIT. mengumumkan LIT Girls melalui pelancaran koleksi ‘Karipap LIT!’ Raya 2024. Koleksi ini terdiri daripada 10 gadis yang muncul sebagai juara daripada program ‘Lit Girls Search’, sebuah pertandingan model dalam mencari wajah-wajah baru LILIT.
Mewakili personaliti unik dan latar belakang berbeza, setiap pemenang mewakili saiz yang berbeza dari XXS hingga 5XL, selaras dengan arah halatuju LILIT. dalam mempromosikan inklusiviti tubuh badan berlainan saiz.

Menurut Co-Founder LILIT., Vivy Yusof, pelancaran ini seiring dengan misi yang dibawa LILIT. yang percaya setiap wanita memiliki kecantikan tersendiri.
“Kita percaya bahawa setiap wanita layak untuk berasa yakin dan cantik, walaupun memakai saiz pakaian yang berbeza.

“Selain daripada pengumuman yang mengujakan itu, LILIT. juga telah melancarkan Koleksi raya 2024 yang dinamakan ‘Karipap LIT!’ pada 15 Mac. Koleksi ini menawarkan pelbagai pakaian raya dalam warna-warna yang menarik dengan renda-renda berinsirasikan karipap menghiasi baju.

“Kami ingin mencipta sebuah koleksi yang bukan sahaja meraikan fesyen tetapi juga menghormati warisan budaya kita. Koleksi Karipap LIT! adalah gabungan fesyen moden dan daya tarikan tradisional, dengan sedikit kelincahan yang diinspirasikan melalui kempen pemasarannya,” kata Vivy Yusof, Co-Founder LILIT.

Program ‘Lit Girls Search’ ini dijurikan oleh Vivy Yusof, Scha Alyahya, Rita Nadira dan BeeRamza semasa peringkat akhir pada Januari 2024.

Semua pemenang, Amirah Batrisyia, Skye Malarvili, Amiesya Iman, Alya Amani, Nivethaa, Nurul Shahidah, Adriana Maria, Putri Ain Nurlisa, Farah Amilia dan Syazwana Rosre, masing-masing memenangi RM5000 tunai dan kontrak peragaan selama 3 bulan bersama LILIT. Program ‘Lit Girl Search’ disiarkan dalam tiga episod di akaun Instagram rasmi dan saluran Youtube LILIT.

“Koleksi Karipap LIT! kini boleh dibeli di laman web LILIT. (www.lilitstore.com), serta kedai fizikal LILIT. yang terletak di Bangsar Village II, KL East Mall, dan IOI City Mall.

