KK Mart diserang: Anwar, Saifuddin perlu tenteramkan keadaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digesa supaya mententeramkan keadaan susulan satu lagi cawangan kedai serbaneka, KK Mart diserang dengan bom petrol, awal pagi tadi.

Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang turut menyifatkan keadaan sudah semakin tidak terkawal berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah pun bersuara berhubung isu tersebut.

“Mereka semua telah memberikan nasihat dan panduan supaya ancaman ketegangan kaum dan agama diredakan.

“Rakyat sekrang menuntut Perdana Menteri (Anwar) dan Menteri Dalam Negeri (Saifuddin Nasution) supaya tampil dengan tegas sebagai pemimpin Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan eksekutif berdasarkan undang-undang.

“Ia supaya rakyat selamat dan negara kita Malaysia tidak terjerumus kembali kepada kemusnahan perpecahan kaum dan bangsa. Bertindaklah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri segera sekarang sebelum terlambat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Satu lagi KK Mart dibaling bom petrol, kali ini di Kuantan

Terdahulu, satu lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart telah diserang dengan bom petrol dilaporkan berlaku awal pagi tadi.

Kali ini cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan yang baharu beroperasi dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.14 pagi itu mencetuskan kebakaran kecil di pintu masuk kedai tersebut.

Menurut beliau, dua kakitangan sedang bertugas ketika kejadian tersebut berlaku.

Wan Mohd Zahari memberitahu, salah seorang kakitangan yang juga juruwang terkejut apabila satu balingan bom petrol dari luar premis terkena di atas karpet laluan masuk kedai tersebut.

Beliau juga mengakui kejadian itu dipercayai berpunca daripada isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang mengakibatkan suspek melakukan tindakan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis bersebelahan bagi mengenal pasti atau mendapatkan maklumat tambahan berkaitan suspek.

Ini merupakan kejadian kedua melibatkan cawangan KK Mart dibaling dengan bom petrol dengan insiden pertama melibatkan cawangan di Bidor, Perak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This