Bulan Bintang berhabis hampir RM200,000 untuk program CSR, mahu sumbang kembali kepada masyarakat. Tambah lima cabutan bertuah tunai umrah

Dari Penulis

Mahu terus menunjukkan komitmen dan tanggungjawab kepada masyarakat, jenama Bulan Bintang mengumumkan langkah berani dengan memperuntukkan hampir RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, atau lebih mesra dipanggil Meri, menyatakan tahun 2024 memberikan kelainan di mana pihaknya memberi keutamaan kepada sumbangan kepada orang ramai.

“Ini adalah kali pertama kami melakukan CSR secara besar-besar di mana ini kami hanya memberi sumbangan wang ringgit dan ia dilakukan pihak lain. Namun tahun ini berbeza kerana tema kami ialah ‘give back to society’ di mana kempen ini sangat besar termasuklah cabutan bertuah.

“Dalam kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang, kami telah melakukan CSR bersama OKU cacat penglihatan, ibu tunggal, miskin luar bandar, pelajar dan anak yatim.

“Untuk kempen ini kami belanjakan antara RM150,000 hingga RM200,000 termasuk pek bantuan makanan dan baju raya,” katanya ketika program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Azzim turut menyatakan lebih 70 peratus hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta telah dimenangi termasuk kereta, motosikal dan pakej umrah. Malah jelasnya, beberapa pakej umrah telahpun ditambah sebagai memenuhi impian pembeli bertuah.

“Pada mulanya kami hanya menyediakan lima pemenang untuk pakej umrah di mana setiap pakej boleh membawa pasangan. Namun sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga, tidak sama seperti menang kereta.

“Disebabkan itu kami tawarkan 10 pakej umrah di mana 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600,” katanya.

Turut hadir Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta jenama Bulan Bintang  bersama dengan menyediakan bubur lambuk kepada penghuni di sekitar Surau Al Mukmin.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This