PPMKLS santuni lebih 300 anak yatim, asnaf sepanjang Ramadan. Titip harapan lebih ramai tampil hulur sumbangan

Dari Penulis

Tampil dengan inisiatif membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan, Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah Kuala Lumpur dan Selangor (PPMKLS) baru-baru ini meraikan seramai 80 anak yatim dari dua buah rumah Kebajikan di ibu kota.

Pengerusi PPMKLS, Shaari Ismail berkata, inisiatif tersebut telah dijalankan sejak penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu pada 2018 dengan penyampaian sumbangan seperti duit dan baju raya.

“Kami juga amat berterima kasih di atas dana dan keprihatinan yang diberikan oleh dermawan persendirian dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melaksanakan kerja amal PPMKLS demi kesejahteraan anak yatim dan asnaf di sekitar ibu kota.

“Antara sumbangan yang diberikan kepada anak-anak yatim ini berupa baju raya, kuih raya, baju jalan dan duit raya. Bagi pihak PPMKLS, kami amat berharap semoga usaha ini dapat memberi makna dan mendorong anak-anak ini lebih bersemangat untuk menjalani ibadah puasa,” katanya kepada media pada Majlis Iftar PPMKLS bersama anak yatim.

Dalam pada itu, Shaari berharap lebih ramai individu untuk tampil memberikan sumbangan, sekali gus dapat membantu menampung keperluan anak-anam yatim yang menetap di Kuala Lumpur.

“Kalau boleh memang kami nak bantu ramai lagi sebab ramai yang meminta bantuan tetapi dana kami terhad. Tahun ini lebih kurang 300 anak yatim menerima manfaat bantuan Ramadan dan kelengkapan hari raya. Jumlah itu lebih banyak berbanding tahun lalu dan ia kian meningkat saban tahun,” jelasnya.

Majlis tersebut turut dihadiri Penolong Pengurus Unit NPO MAIWP, Mohd Zulhimi Mohd Zamberi di Dewan Laman Bestari AU2, Keramat baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, seramai 80 anak yatim dan asnaf dari Al Haq Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah diraikan dengam sumbangan duit raya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This