Menteri Perpaduan, Menteri Agama senada kutuk insiden polemik perkauman

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar senada mengutuk sekeras-kerasnya kesemua insiden polemik perkauman dan agama yang semakin hangat ketika ini.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kedua-dua menteri itu menggesa pihak berkuasa khusunya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Tegas mereka, pihak yang terlibat perlu dihukum dengan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi insiden polemik perkauman dan agama.

“Sejak beberapa minggu ini, negara terus menerus dilanda dengan pelbagai insiden berhubung sentiviti agama dan perkauman termasuk baru-bari ini di KK Mart, Kuching yang disebabkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Kita memberikan amaran tegas kepada kesemua individu agar tidak sama sekali mencetuskan polemik perkauman yang lampau sehingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia,” katanya.

Baca juga: Polis sahkan KK Mart Jalan Satok, cawangan ke-3 dibaling bom petrol

Mengulas lanjut, kenyataan tersebut memaklumkan, Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi itu dan mengambil langkah-langkah segera dalam menjamin keharmonian rakyat dan negara.

Selain itu, kedua-dua menteri juga mengulangi pendirian menggesa agar tidak ada pihak yang mencetuskan perkara menyentuh sensitiviti agama dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

“Masyarakat perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang merupakan tanggungjawab setiap rakyat bagi melindungi serta mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman perbalahan, provokasi serta permusuhan,” tegas mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This