POLIS mengesahkan sebuah kedai serbaneka KK Mart dekat Jalan Satok, Kuching dibaling bom petrol semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang pekerja kedai berusia 25 tahun.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kejadian kebakaran kotak mengandungi air minuman di kaki lima pada hadapan kedai serbaneka akibat dibaling dengan botol kaca berisi minyak tanah dan kain berwarna kuning.
“Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ceremona Anak Nasim di talian 013- 8554168.
UtusanTV sebelum ini melaporkan dua buah cawangan kedai serbaneka KK MART di Bidor, Perak dan Sungai Isap, Kuantan telah diserang dengan bom petrol.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang mengakibatkan suspek melakukan tindakan berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

