PEMAIN skuasy wanita negara, S Sivasangari, 25, terus mencipta kejutan apabila menewaskan Hania El Hammamy dari Mesir yang juga pemain di ranking kedua dunia untuk menjuarai Klasik London 2024, di Alexandra Palace, London sebentar tadi.
Pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 itu mempamerkan aksi penuh konsisten di sepanjang kejohanan bertaraf emas itu dengan kemuncaknya menewaskan Hania 3-2 dalam tempoh 81 minit di pentas final.
Lebih manis, sejarah tercipta buat Pemain di ranking ke-16 dunia itu apabila melakar kejuaraan pertamanya dalam kejohanan bertaraf emas yang menyaksikan dirinya turut melakar kejutan ke atas beberapa nama tersohor seperti pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini dalam perlawanan suku akhir.
Selain itu, Sivasangati juga telah menewaskan pemain nombor empat dunia dari Belgium, Nele Gilis dalam perlawanan separuh akhir dan malam ini menewaskan pemain no. 2, Hania di pentas final.
Sivasangari membuka tirai pertarungan dengan memenangi set pertama 11-9 namun Hania, 24, nyata tidak menyediakan laluan mudah kepada Sivasangari apabila mengikat keputusan kepada 1-1 selepas memenangi set kedua, 11-5.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

