PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan dari Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabat beliau, semalam.

Menurut Perdana Menteri, perbincangan yang disifatkannya sebagai bermanfaat itu menyaksikan persetujuan bahawa masih terdapat banyak peluang untuk diteroka antara kedua-dua negara.

Katanya, hal itu terutamanya dalam memperkukuhkan hubungan dagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Republik Kyrgyz.

“Saya yakin bahawa lawatan ini akan membuka ruang bagi kolaborasi dan mencetus kerjasama yang lebih substantif antara kedua-dua negara.

“Sekalung penghargaan juga dizahirkan atas jemputan dari Presiden Republik Kyrgyz untuk melawat negara itu Mei nanti, InsyaAllah.

“Moga hubungan kedua-dua negara akan lebih akrab di masa hadapan,” ujar Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.

Baca juga: Perdana Menteri ucap tahniah kepada Sivasangari juarai Klasik London

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This