Masih belum terlambat bagi mereka yang ingin merasai hidangan Istimewa berbuka puasa bufet Ramadan di Hotel Tenera yang diserikan dengan kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan.
Bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta tampil sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera bermula pada 14 Mac 2024 lalu sehingga 7 April 2024 ini.

Jangan lepaskan peluang, istimewanya kali ini terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman. Selain itu, lebih daripada 130 juadah hidangan yang dijamin sedap antaranya Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended dan Ais Krim Sang Kaya.

Paling best… DURIAN ‘Unlimited’ yang disajikan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sentiasa ditunggu-tunggu! Sebab itulah, buffet Ramadan di Hotel Tenera ini menjadi pilihan pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan sesuai untuk seisi keluarga.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan. Hotel Tenera juga telah menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.
Ilham hidangan ini adalah hasil air tangan Cef Eksekutif Sahisal Azrul Mat Said yang mempunyai pengalaman luas bersama team merealisasikan menu Ramadan yang cukup hebat untuk tahun ini. Hotel Tenera menawarkan harga buffet Ramadan RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).
Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat bersama wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.
Hotel Tenera milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini berkonsepkan ‘mesra Muslim’. Mempunyai 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah.
Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.
Pakej Istimewa Hotel Tenera Sempena Ramadan
Bilik Superior (RM388 bersih/bilik)
2 Hari 1 Malam, bufet Ramadan untuk 2 orang, sahur untuk 2 orang
Apartment 2 Bilik Tidur (RM688 bersih/unit)
2 Hari 1 Malam, bufet Ramadan untuk 4 orang, Sahur untuk 4 orang
Pakej Ramadan Residensi
Tempahan adalah untuk 20 orang ke atas
Bilik Superior Single-bed King/Queen (RM298 bersih/seorang)
2 Hari 1 Malam, Bufet Ramadan untuk 1 orang & Sahur untuk 1 orang
Bilik Superior Twin-sharing (RM216 bersih/seorang)
2 Hari 1 Malam, Ramadan Bufet untuk 2 orang & Sahur untuk 2 orang
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 019-3854796/019-3592796. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi).

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

