Scammer homestay guna akaun Hong Leong Bank ‘bermaharajalela’, ratusan jadi mangsa

Dari Penulis

SEORANG scammer berkaitan rumah inap (homestay) menggunakan akaun Artika Lidya binti Mohamad Kamal di Hong Leong Bank kini aktif menjalan penipuan terhadap orang ramai yang mencari kediaman bagi keperluan di musim hari Raya ini dengan dipercayai beratus-ratus orang telah menjadi mangsanya.

Perantau yang terdesak untuk membuat tempahan mendapatkan rumah inap pada Hari Raya untuk balik kampung di kawasan-kawasan bandar di utara, selatan atau pantai timur mudah ditipu oleh scammer tersebut yang membuat iklan rumah inap dengan harga murah di laman kumpulan Facebook (FB) berkaitan homestay.

Modus operandi scammer yang menggunakan nama palsu ‘Nor lela’ ini adalah mudah, iaitu memaklumkan kepada pencari homestay bahawa rumahnya masih ada kekosongan pada Hari Raya dan mereka perlu membayar deposit RM100 beserta dengan bayaran hari pertama penginapan yang jumlahnya melebihi RM250.

Scammer ini menggunakan nombor telefon 017-951 6146 akan menggunakan alamat homestay yang tidak wujud dengan menggunakan maklumat dengan gambar-gambar rumah palsu, di samping meletakkan gambar wanita dengan latar belakang masjid di Facebook bagi menambahkan keyakinan mangsa.

MAKLUMAT dan gambar rumah palsu digunakan (kiri). Petikan perbuatan di WhatsApp dengan mangsa.

Menurut salah seorang mangsa, Muhammad Izzat yang memaklumkan mengenai kejadian itu kumpulan Homestay Alor Setar, dia telah kehilangan wang RM250 selepas diminta deposit beserta bayaran har i pertama oleh scammer yang meminta wang dimasukkan ke akaun bank Artika Lidya di Hong Leong Bank.

“Selepas sehari, scammer tersebut meminta saya membuat bayaran penuh untuk rumah yang saya tempah dengan alasan terpaksa mengikut suaminya yang hendak pulang ke kampung dan perkara itu menimbulkkan kecurigaan kepada saya,” katanya kepada Utusan TV.

Selepas penempah berasa curiga dan ingin membatalkan tempahan, ‘Nor Lela’ akan memaklumkan kononnya dia akan memulangkan desposit tersebut sebelum mematikan semua komunikasi dan ‘memblock pemanggi’ .

Selepas saya membuat aduan kepada admin kumpulan Homestay Alor Setar di https://www.facebook.com/groups/1508234562794310/permalink/3868988306718912/ dan admin telah memadamkan iklannya, scammer itu kemudiannya membuat facebook baharu dengan nama baharu pula.

Melalui ruangan komen selepas aduan dibuat di FB tersebut, ramai yang mengadu turut menjadi mangsa ‘Nor Lela’ dan kebanyakan mereka hilang wang deposit dan harga rumah dalam anggaran RM250 hingga RM350 kerana membuat tempahan kediaman palsu untuk balik kampung di Alor Setar, Ipoh, Negeri Sembilan, Melaka dan sebagainya.

“Saya baru kena semalam. Tapi nama dia tukar Norfaraherma binti kamarulzaman.. Memang xhalal la makan duit macamni..senang dia buat duit kan,” kata Sai Ezza yang menyatakan scammer itu tetap menggunakan nombor akaun yang sama tetapi profil di FBnya telah berbeza.

Setakat berita ini ditulis, scammer yang menggunakan nombor telefon sama (017-951 6146) dan akaun bank Hong Leong bernama Artika Lidya binti Mohamad Kamal bernombor akaun 1235 0208 804 masih aktif menjalankan ‘kerja-kerja’nya dan tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak bank untuk menyekat nombor telefon atau akaun banknya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This