Dua parah, seorang cedera ringan dalam kemalangan dekat Jalan Loke Yew

Dari Penulis

DUA dilaporkan parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 5.16 pagi.

Sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Abdul Manas Abdul Wahab berkata, kemalangan melibatkan sebuah Honda Civic.

“Pemeriksaan mendapati seorang wanita cedera parah akibat tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

“Sementara seorang lelaki cedera parah dan seorang lagi cedera ringan akibat kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This