Polis buru dua lelaki curi barang dalam Watsons Kuala Berang

Dari Penulis

POLIS memburu dua lelaki yang dipercayai mencuri di dalam sebuah kedai produk penjagaan kesihatan dekat Kuala Berang, Terengganu pada 10.55 pagi kelmarin.

Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu dalam satu hantaran berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Aiman Baihaqi Che Shaffie di talian 019-9377864 bagi membantu siasatan.

Menerusi perkongsian rakaman kamera litar tertutup dapat dilihat dua lelaki berbaju-T hitam dan merah serta berkaca mata hitam telah bertindak mencuri beberapa barang di dalam sebuah kedai.

Salah seorang suspek telah bertindak mencuri produk penjagaan kesihatan sebelum menyimpan di dalam beg sandang yang dipakai.

Kedua-dua suspek kemudian dilihat keluar dari premis tersebut sambil salah seorang daripadanya memegang sebuah bag plastik dari kedai terbabit.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mengutuk perbuatan yang dilakukan oleh suspek.

“Ye curi nape?ada sale tu kan, byr la muroh2. Nk jangok ngat pitih xdok hor. Buleh pekdoh dh la masuk jail,” kata Nurul AImi.

“Napok mcm cerdik… Wat Kijean mende gitu Cctv penuh atah dahi.ala balerr,” ujarnya Fariz Hussin Neo.

“Baju raya wane ungu raya pertama,” tulis Wan Zainuddin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This