Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya malam ini, kecuali di kawasan kemalangan

Dari Penulis

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar setakat 10 malam ini memandangkan kebanyakan penduduk bandar raya Kuala Lumpur telah kembali ke kampung halaman masing-masing sejak dua hari lepas.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kenderaan sebentar tadi dilaporkan bergerak perlahan dari Rawang ke Sungai Buaya di Lebuhraya Utara Selatan akibat kemalangan melibatkan seorang pejalan kaki dan beberapa kenderaan.

“Setakat ini hanya lorong kecemasan yang boleh digunakan dan kerja-kerja pengalihan sedang dijalankan. Pada masa yang sama, terdapat pertambahan kenderaan di Plaza Tol Gombak, tetapi keadaan trafik masih lancar,” katanya.

Sementara itu, aliran trafik di hampir semua lebuh raya utama di negara ini termasuk di Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This