[VIDEO] Drama pendek Raya Tok Wan curi perhatian warganet, netizen puji Menteri Besar Pahang ada bakat jadi pelakon

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SIAPA sangka dalam pada kesibukannya menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebenarnya ada bakat dalam bidang lakonan.

Ini dapat dibuktikan menerusi iklan raya berjudul Raya Tok Wan yang dikongsikan di akaun TikTok @tokwanrosdy.

Sejak dimuat naik tiga hari lalu, video tersebut telah meraih hampir 18,000 tanda suka dan lebih 230 komen.

Drama pendek berdurasi dua minit 51 saat terbitan arahan Jaja Ishak dari produksi Jaja Ishak Channel itu turut menampilkan isteri Wan Rosdy iaitu Datin Seri Burhah Mohammed dan exco-exco kerajaan negeri Pahang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan memuji bakat lakonan Adun Jelai itu yang tampak bersahaja menghidupkan karakternya sebagai seorang ayah yang menanti kepulangan anak-anak untuk meraikan Syawal.

Dalam rasa kesayuan tatkala mengenangkan anak cucu yang tidak pulang ke kampung halaman, terselit senyuman dan keceriaan apabila hadirnya sahabat handai datang berkunjung ke rumah. 

“Mantap Tok Wan kita. Lepas ni bolehlah Tok Wan berlakon.

“Pandai Tok Wan berlakon. Bakat terpendam.

“Hebat, Menteri Besar Pahang jadi pelakon pula.

“Hebat juga Tok Wan dan isteri berlakon ya.

“Bukan kaleng-kaleng Tok Wan. Jarang produk Pahang tak padu,” komen pengikutnya.

@tokwanrosdy

Assalamualaikum semua sahabat Tokwan di media sosial. Memandangkan kebanyakan daripada kita sudah mula bercuti bagi menyambut hari raya yang bakal tiba tak lama lagi, saya bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang mempersembahkan sebuah video “Raya Tokwan” buat tontonan semua. Semoga terhibur dan selamat menonton. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

♬ original sound – tokwan – tokwan

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This