DENGAN hanya menutup mata, penyanyi Sissy Imann berjaya menyelesaikan cabaran menganyam ketupat.
Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil,28, berkata, sudah menjadi kelaziman pada setiap tahun dia ditugaskan untuk menganyam ketupat sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.

“Mungkin ada yang tak tahu saya sebenarnya bolehlah menganyam ketupat.
“Dan menjadi rutinlah untuk saya setiap tahun bila raya saja, mesti tugas saya adalah menganyam ketupat.
“Dan untuk tahun ini bila kita dah macam selalu sangat menganyam ketupat kita macam nak cabar diri kita untuk buat sesuatu yang berbeza.
“Kalau korang perasan daripada tadi saya menganyam ketupat dalam keadaan mata tertutup, saya ingatkan tak jadi, tak sangka pula jadi,” katanya sambil menunjukkan anyaman ketupat yang berjaya dihasilkan itu.
Sissy berkongsi video berkenaan menerusi akaun Instagram milikny
Penyanyi lagu Pesanan Ayahanda itu turut menunjukkan reaksi terkejut sebaik sahaja membuka mata dan melihat hasil cabaran yang dilakukan.
Pada masa sama, Sissy sambil berseloroh memberitahu dirinya masih solo dan bakal calon menantu pilihan.
“Menantu pilihan tapi masih single. Hai makcik, hantaran saya tak adalah mahal sangat.
“Mana nak dapat menantu anyam ketupat sambil tutup mata,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dan memuji kemahiran yang dimiliki Sissy.
“Power kemahiran anyam ketupat tu. Tak semua ada kemahiran tu ya.
“Hantaran tinggi sebab pandai anyam ketupat.
“Wah anyam sambil buka mata pun entah jadi apa-apa daun tu. Ni sambil pejam mata. Hebatlah,” komen netizen.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

