Aroma Segar, Khasiat Menenangkan: Petua Hilangkan Letih dengan Daun Limau Purut

Dari Penulis

Di tengah-tengah rutin harian yang sibuk, seringkali kita merasa letih dan kepenatan. Namun, terdapat satu rahsia semulajadi yang mampu membantu kita mengatasi keletihan tersebut iaitu daun limau purut. Di sebalik keindahan dan aroma segar daun limau purut atau kaffir lime leaves mengandungi sejumlah khasiat yang menakjubkan.

Dikenali sebagai bahan asas di dalam masakan Asia Tenggara, daun ini tidak hanya memberikan rasa dan aroma unik pada hidangan, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik.

Selain daripada memberikan aroma segar kepada hidangan masakan, daun limau purut juga mempunyai khasiat menenangkan yang mampu menghilangkan keletihan dan menyegarkan badan.

PETUA HILANGKAN LETIH MENGGUNAKAN DAUN LIMAU PURUT

  1. Minuman Teh Daun Limau Purut
    Rendam 2 helai daun limau perut bersama teh hijau. Minuman ini sangat menenangkan yang menyegarkan.
  2. Mandian Daun Limau Purut
    Rendam beberapa helai daun limau purut ke dalam air mandian panas untuk menghilangkan letih dan menenangkan otot-otot yang tegang.
  3. Minyak Aromaterapi Daun Limau Purut
    Campurkan minyak urut dengan pati daun limau purut, urut pada leher dan bahu untuk merangsang sistem saraf serta menyegarkan minda.
  4. Makanan dan Minuman yang Mengandungi Daun Limau Purut
    Tambahkan daun limau purut ke dalam hidangan seperti sup, kari, atau jus buah-buahan untuk memberikan kesegaran dan tenaga.
  5. Aromaterapi Udara dengan Daun Limau Purut
    Titiskan pati daun limau purut ke dalam penghawa udara untuk menyebarkan aroma segar yang memberikan kesegaran pada udara dalam rumah.

Dengan begitu banyak khasiat daun limau purut, tidak hairanlah ia sering digunakan dalam pelbagai masakan dan produk kesihatan. Penggunaan daun limau purut dalam diet harian, bukan sahaja memperkaya cita rasa makanan tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan tubuh kita. Jadi, jangan ragu untuk memanfaatkan khasiat hebat daun limau purut setiap kali anda memasak atau pun mencari produk kesihatan semula jadi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This