Aliran trafik ke Lembah Klang perlahan, SmartLane diaktifkan

Dari Penulis

ALIRAN trafik di lebuh raya utama menuju ke pusat bandar dilaporkan bergerak perlahan pagi ini susulan perantau pulang dari kampung halaman selepas menyambut Aidilfitri.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 12 tengah hari, aliran trafik tinggi menuju arah Selatan dari Sungai Dua ke Juru dan Bukit Tagar menghala Sungai Buaya.

Jurucakap itu berkata beberapa laluan smartlane sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang perantau.

“Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), KM260.0 hingga KM263.1 arah Utara di antara Port Dickson (U) ke Seremban, KM107 hingga KM112 arah Selatan dari Sungai Petani (S) ke Bertam dan KM155.5 hingga KM157.2 arah Selatan dari Bandar Cassia ke Sungai Bakap.

“Selain itu, terdapat juga kemalangan di KM144.4 arah Selatan dari Perai ke Juru yang menyebabkan trafik bergerak perlahan berpunca daripada lorong kanan terhalang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap itu memaklumkan aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 2 menuju ke Kuala Lumpur sebelum Plaza Tol Kuala Terengganu akibat pertambahan kenderaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This