Kerajaan tidak pinggir kebajikan kaum India – PM Anwar

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah meminggirkan kebajikan kaum India, malah pelbagai program telah dirangka bagi membantu memajukan komuniti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata setiap program yang telah atau sedang dilaksanakan kerajaan bersifat universal dan meliputi kepentingan seluruh komuniti dalam negara bersesuaian dengan hasrat di sebalik konsep Malaysia MADANI.

Menjadikan kejayaan menoktahkan kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang sebagai contoh, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata isu yang sekian lama membelenggu negara itu diselesaikan kerajaan tanpa meminggirkan mana-mana kaum, termasuk komuniti India.

” … saya tak peduli sama ada dia tauke Melayu, Cina atau India berjaya atau tidak, saya peduli kepada majoriti yang berada di bawah.

“Sebab itu saya kata yang pertama noktahkan kemiskinan dan kebetulan dari segi jumlah (ialah) orang Melayu, tapi dari segi nisbah di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang paling banyak mendapat manfaat ialah masyarakat India, saya tidak lihat dari segi kaum kalau mereka miskin tegar, mereka harus dibantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa ke-5 dan Sambutan Hari Kelahiran Dr Ambedkar ke-133 tahun dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam hari ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This