Demi keamanan sejagat, pastikan ketegangan di Asia Barat tidak memuncak – Anwar

Dari Penulis

 MALAYSIA  berpendirian bahawa semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Asia Barat  tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat, susulan konflik terbaharu antara Iran dan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Anwar berkata semua pihak mesti berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau terbabit.

 Beliau berkata sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera.

  “Malaysia kekal teguh dengan pendirian untuk bersama dengan warga Palestin yang terus menanggung derita daripada kemelut ini.

  “Sekarang adalah ketikanya untuk semua pihak memainkan peranan dalam mendesak untuk menamatkan ketegangan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui Facebook beliau hari ini.

 Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, selain pegawai tertinggi kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di rantau Asia Barat.

 Menurut Perdana Menteri, serangan yang dilancarkan Iran ialah tindak balas yang berpunca daripada serangan biadab Zionis Israel terhadap kedutaan Iran di Damsyik, Syria baru-baru ini dan tindakan rejim Zionis itu tentunya pelanggaran yang nyata terhadap hukum dan undang-undang antarabangsa.

 Media antarabangsa hari ini melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, menyasarkan lokasi di dalam wilayah yang diduduki Israel. -BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

16 bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM

SERAMAI 16 orang bekas tentera telah mula melaporkan diri sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Isnin lalu. Pengerusi...

More Articles Like This