ISTERI pertama Ahmad Aslam iaitu Misya Mazlan menjelaskan dirinya kini telah meletakkan sempadan setelah tular pernikahan Marissa Dania dan suaminya di Songkhla, Thailand.
Misya atau Umisya Mazlan, 25, menjelaskan bahawa foto yang di hantar oleh Marissa sebelum ini di Instagram Story merupakan gambar lama.
Malah, dia turut mendedahkan bahawa ketika gambar tersebut diambil, dirinya telahpun memilih perdamaian serta menerima kesulitan terhadap kecurangan yang berlaku di antara mereka berdua.
“Gambar ni sebelum viral, yang dimana masa ini. Marissa dan Misya sudah pun berbaik.
“Sebab? Misya terima poligami ini dan dengan apa yang jadi. Kami pun berdamai,” ujarnya menerusi kenyataan di Instagram Story miliknya itu.
Dalam pada itu, baru-baru ini mengejutkan wargamaya apabila Abby Abadi, 47, ibu kepada Marissa telah menjelaskan perkara sebenar apabila anaknya itu telah sah menjadi isteri kedua buat Ahmad melalui sijil pernikahannya itu.
Perkara ini sekali gus menjadikan hubungan dingin antara mereka kembali membara.
“Tapi lepas viral dengan kisah nikah ni, segalanya berubah. Ada sedikit berbalah.
“Marissa dan Misya letakkan sempadan dimana buat hal masing-masing,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Misya turut menegaskan agar sesetengah pihak perlu meletakkan sensitiviti terhadap situasi yang diahadapinya ini.
Malah merasakan dirinya tidak pernah menganggap Marissa sebagai musuh dalam hidupnya itu.
“Misha tidak pernah cakap kami bermusuh.
“Tapi Misya tekankan pada kes ‘modelling’ satu brand ni, jagalah sensitiviti semua pihak atas sebab situasi kami sekarang.
“Situasi kami sekarang tidak seperti yang digambarkan gambar ni ya.
“Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahu alam,” katanya lagi
Dalam masa sama, dia turut panjatkan ucapan raya serta memohon kemaafan disamping merindukan Marissa seikhlas hati.
Walaupun begitu, sehingga kini tiada perbincangan serta tanda noktah dalam menyelesaikan isu ini.
“Mungkin Marissa rindu, Selamat Hari Raya Marissa. Lama kita tidak ‘contact’. Maaf Zahir Batin Ikhlas dari Misya.
“Misya balas dengan Story jugalah penjelasan ni ya, sebabnya Misya pun tidak tahu Marissa post Story kita.
“Tidak ada ‘contact’ atau berbincang setakat ini,” akhirinya.

