Polis buru lelaki rompak kedai runcit guna parang

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang lelaki yang bertindak merompak sebuah kedai runcit bersenjatakan sebilah parang panjang di Jalan Seroja, Bukit Sentosa Rawang, 12.30 tengah hari kelmarin.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/5130

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pengadu yang sedang berniaga di kedai tersebut telah didatangi seorang lelaki India yang memakai topeng muka dan berbaju warna biru.

Beliau berkata, suspek telah meluru ke arah kaunter kedai dan memecahkan mesin wang sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM300 dan dua buah telefon bimbit milik pengadu

“Suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan pengadu mengalami kerugian berjumlah RM3,800,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This