Ahli majlis agama, isteri dituduh salah guna kuasa, kemuka tuntutan palsu agihan zakat

Dari Penulis

SEORANG bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat bernilai hampir RM20,000, sejak 2019 hingga 2021.

Datuk Mohamad Zahari Harun, 64, dan isteri Lydia Irmawati Mahmud, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mohamad Zahari didakwa menggunakan kedudukannya dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan melantik syarikat Amcare Agency sebagai ejen kutipan zakat pada Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Maidam kali keempat tahun 2019, dengan syarikat tersebut adalah milik isterinya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Sept 2019 di Pejabat Maidam di sini.

Bagi tuduhan itu, beliau didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, dengan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara itu Lydia Irmawati sebagai pemilik syarikat kutipan zakat menghadapi lapan pertuduhan menipu tuntutan bayaran balik 2/8 bahagian (fakir dan miskin) (wakalah) berjumlah RM19,857.21 kepada Maidam dengan mengemukakan maklumat palsu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 20 Mac 2020 sehingga September 2021 di Pejabat Pengurusan Zakat Maidam, di sini dan didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan

Mahkamah membenarkan Mohamad Zahari dan isteri masing-masing diikat jamin RM7,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pasangan suami isteri itu juga dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan, dan perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain dikehendaki melapor diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 20 Mei ini sebagai sebutan semula dan pengurusan kes melalui aplikasi Zoom.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork daripada Azharudin & Associates.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This