Selepas koleksi pertama Gempak Raya yang dilancarkan pada Februari lalu mendapat sambutan hangat, jenama DOA AZ yang diilhamkan oleh pempengaruh, AZ Pemurah kini tampil dengan koleksi kedua.
Bertemakan bunga dan flora, edisi kali ini yang dinamakan AZ Flover tampil dengan 20 rekaan baru yang lebih segar, ringkas namun tetap nampak menawan yang mudah digayakan oleh golongan hijabi.
Jika edisi pertama dahulu menggunakan nama-nama juadah hari raya, untuk koleksi terbaru ini pula setiap desain tudung diberikan nama yang bermula dengan huruf A iaitu Adeeva, Afia, Afra, Afrin, Afsana, Afshin, Aisha, Akifah, Alia, Aliyah, Amani, Amara, Aminah, Anum, Arfa, Arisha, Ashiyah, Atiya, Ayesha dan Azka. Setiap nama-nama itu mempunyai maksud yang tersendiri.

“Tujuan DOA AZ ini ditubuhkan salah satunya untuk memberi sumbangan kepada yang memerlukan. Kami menerapkan amalan membeli sambil bersedekah, seperti slogan kami, DOA AZ perjuangan untuk semua. Sama seperti sebelum ini, 30 peratus daripada hasil keuntungan akan didermakan dan diagihkan untuk membantu golongan yang memerlukan,” ujar Abang Ben dan Kak Az, pengasas DOA AZ sewaktu pelancaran koleksi tudung AZ Flover di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Bella Astillah yang dilantik menjadi wajah eksklusif untuk koleksi baru ini. Bella dipilih menjadi duta DOA AZ kerana kesesuaiannya yang menggambarkan keindahan, keanggunan, keberanian dan kesopanan yang menjadi inspirasi untuk koleksi ini.

Masih mengekalkan identiti yang sama, AZ Flover menggunakan fabrik premium cotton voile dengan kemasan baby seam yang berbeza bagi setiap edisi. Tudung bawal segi empat bersaiz 115cm x 115cm ini juga mudah digosok dan digayakan.

AZ FLOVER dijual pada harga mampu milik, hanya RM29 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah & Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller-reseller DOA AZ yang berdaftar.
_______
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.

