TINDAKAN pantas orang awam berjaya mengagalkan cubaan ragut dua penjenayah terhadap seorang pejalan kaki di Taman Desa Wira, Batu Kawa dekat Kuching, pagi tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/5254
Memetik laporan Borneo Network, Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, kes kini dalam siasatan pihaknya.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 7.54 pagi itu, mangsa berusia 58 tahun itu sedang berjalan kaki seorang diri.
Mangsa secara tiba-tiba didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal sebelum cuba meragut beg tangan mangsa.
Orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut telah bertindak menghalang suspek daripada melarikan diri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

