MISI pelayaran “Break The Siege: Freedom Flotilla Mission To Gaza 2024” sekali lagi terpaksa ditunda ke tarikh baharu, Jumaat ini.
Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright, ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Perkara itu diumumkan Wright menerusi taklimat harian kepada semua delegasi terlibat di Istanbul, Turkiye pada petang semalam.
Terdahulu, Kerajaan Turkiye pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan misi Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024 yang dijadualkan berlepas hari ini.
Baca artikel lain: Pelanggaran pada struktur titik kritikal mungkin sebabkan nahas helikopter – Pakar
Lapan belas warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut dengan menaiki flotila berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.
Mereka terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera BERNAMA TV Mohammad Nulhakim Jailan.
Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” itu.
– BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

