Samun lelaki Myanmar, polis buru remaja berusia 16 tahun

Dari Penulis

POLIS kini giat memburu seorang remaja yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan sehingga mendatangkan kecederaan di Taman Perumahan Rumah Murah Bahau dekat Negeri Sembilan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki Myanmar pada pukul 9.30 malam.

Beliau berkata, pengadu mendakwa telah disamun oleh empat lelaki India di lokasi kejadian dan mengalami kerugian sebanyak RM1,400.

“Bertindak atas maklumat, dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 17 hingga 22 tahun dan berbangsa India telah ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek yang ditahan telah mengaku melakukan kegiatan samun itu terhadap mangsa.

Tambahnya, seorang suspek yang dikenali sebagai S. Peter Lavakusan, 16, masih bebas dan kini sedang diburu polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor R. Raj Kumar di talian 064582222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This