Bekalan ayam cukup, harga ditawar masih rendah – Mohamad Sabu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, bekalan ayam mencukupi di pasaran semasa dan mampu menampung permintaan sempena sambutan Aidilfitri.

Jelasnya, semua itu terhasil daripada kerja keras yang dilakukan oleh kementerianya termasuk pihak-pihak berkaitan dalam memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan memuaskan hati semua pihak.

Bukan itu sahaja, katanya, harga sumber makanan itu juga di pasaran masih pada tahap rendah dan tidak melonjak naik sehingga membebankan pengguna.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras menjamin sumber makanan sentiasa mencukupi lebih-lebih lagi ketika sambutan 1 Syawal yang lepas.

Baca artikel lain: Pegawai Imigresen tak boleh tolak permohonan walaupun tak fasih bahasa Melayu

“Bekalan ayam mencukupi di pasaran dan harga yang ditawarkan juga masih agak rendah di sekitar RM8 hingga RM9 per kilogram,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau pada masa sama mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran sempena musim perayaan ini.

“Amat mengejutkan apabila data menunjukkan 12,000 tan sisa makanan yang dibuang setiap hari.

“Jadi elakkanlah pembaziran secara berleluasa lebih-lebih lagi ketika sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri yang sedang rancak diadakan dalam bulan Syawal ini,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This