POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun X atas nama ‘Saifuddin Shafik’ yang didakwa mengeluarkan komen jelik susulan nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Selasa lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan, siasatan telah dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.
Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995; Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“PDRM telah membuat rampasan satu unit telefon bimbit jenis Iphone 12 Pro yang dipercayai digunakan untuk membuat hantaran tersebut.
“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Shuhaily turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang terlibat.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menginatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam melalui media sosial.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.
Baca artikel lain: Nahas helikopter TLDM: Mendiang Sivasutan selamat disemadikan
Kelmarin, satu laporan polis dibuat susulan paparan jelik dan biadab menghina anggota tentera yang erkorban dalam insiden nahas dua helikopter ketika menjalani latihan raptai di ruang udara Pangkalan TLDM, Lumut, Selasa lalu.
Pengamal Media, Kamal Abas, 51, membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, terhadap pemilik akaun twitter menggunakan nama Saifuddin Shafik.
Wat Kamal berkata, perkara itu juga tidak boleh dipandang enteng kerana ia mampu menimbulkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat.
Tindakan itu juga dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga ekoran tragedi berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

