Shuhaily mula tunjuk keberkesanan kepemimpinan di AKPS – Saifuddin

Dari Penulis

DATUK Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah mula menunjukkan keberkesanan dalam memimpin Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Menurut Saifuddin Nasution, kepemimpinan yang ditunjukkan Mohd Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS itu sekali gus menepis kritikal awal terhadap pelantikan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu.

Saifuddin Nasution berkata, beliau tidak akan melayan tohmahan sedemikian, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Pengarah AKPS untuk menjalankan tugas dengan bebas dan tegas.

“Waktu kita buat pengumuman dulu, saya kena teruk… orang persoal kenapa pegawai yang baik dalam PDRM diletakkan untuk jaga satu agensi baharu. Sekarang dia mula tunjukkan keberkesanan kepemimpinan.

“Kemudian orang pula kata, ‘jadi Menteri KDN tak payahlah ‘hun’ (ambil nama), ini semua kerana ketangkasan Ketua Pengarah’, bukan kerana menteri letak dia situ, habis lah.

“Itu biar luncai terjun dengan labu-labunya. Saya tak mahu layan,” katanya.

Baca artikel lain: Mohd Shuhaily tekad perkukuh operasi AKPS, tingkat kawalan sempadan

Semalam media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan empat pegawai penguat kuasa yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM3,000 ketika bertugas di kaunter penyeliaan zon masuk motor di sempadan Johor-Singapura.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 20 hingga 40-an itu ditahan selepas siasatan awal mendapati mereka terlibat dalam urusan keluar masuk pasport tanpa kehadiran pemilik, dikenali sebagai kegiatan ‘pasport terbang’.

Sementara itu, Saifuddin memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan penuh berhubung siasatan kegiatan ‘pasport terbang/ susulan penahanan beberapa anggota penguat kuasa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor, semalam.

Beliau juga telah mengarahkan Mohd Shuhaily utuk menguruskan kes itu mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya akan minta laporan penuh nanti daripada Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily. Sekarang ini baru hari ke-25 (beliau memimpin jabatan itu), biar dia uruskan dulu.

“Saya percaya kita telah meletakkan orang yang betul pada tempatnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This