Mohd Shuhaily sah dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai esok

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pelantikan bagi tempoh dua tahun itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shamsul Azri, Mohd Shuhaily, 53, dilantik mulai esok, 1 Julai 2025 sehingga 30 Jun 2027.

Shamsul Azri memaklumkan Mohd Shuhaily yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana Sains Strategic Studies dari Nanyang Technological University, Singapura memiliki pengalaman luas selama 26 tahun dalam perkhidmatan polis.

Beliau berkata, Mohd Shuhaily juga pernah berkhidmat di Washington, Amerika Syarikat (AS) sebagai Pegawai Atase (Polis) dari tahun 2010 hingga 2013.

“Jawatan terakhir beliau adalah Pengarah JSJ Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejak 15 Ogos 2023.

Baca artikel lain: Shuhaily ketuai AKPS mulai 1 Julai, M Kumar ambil alih Pengarah JSJ Bukit Aman?

“Saya yakin bahawa dengan kompetensi serta pengalaman luas beliau dalam pelbagai unit di Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk di peringkat nasional dan antarabangsa, beliau mampu menerajui kepimpinan AKPS dengan lebih cemerlang.

“Kepimpinan beliau juga diyakini dapat memperkukuh kawalan sempadan negara ke tahap tertinggi serta memperteguh budaya integriti dalam perkhidmatan berteraskan nilai-nilai MADANI,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Berita mengenai pertukaran Mohd Shuhaily bagi mengetuai AKPS telah dikesan tular dalam media sosial sejak Jumaat lalu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang bersara wajib pada Februari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar pula dikatakan bakal mengambil alih jawatan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ.

Buat masa ini, jawatan tersebut dipangku Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ, Datuk Fadil Marsus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This