PARTI MUDA dan PSM memutuskan tidak akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) dengan alasan untuk memberi peluang parti-parti politik lain bertanding.
Setelah siri-siri mesyuarat, pertemuan dan perbincangan antara pimpinan dan ahli parti, MUDA-PSM telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Bharu 2024, kata kedua-dua parti itu dalam satu kenyataan di media sosialnya.
Bagaimanapun, pemimpin kedua-dua parti menafikan keputusan itu diambil kerana calon mereka kerap kalah dalam pilihan raya – pilihan raya yang disertai sebelum ini.
Timbalan Pengerusi S Arutchelvan berkata sebagai parti politik mereka harus bertanding namun mengakui pada masa kini berdepan kesukaran membentuk gabungan kuat untuk bertanding di banyak kerusi termasuk Kuala Kubu Baharu.
“Kemungkinan kita bertanding dan kekalahan itu lain, tapi bukan sebab itu kita tidak bertanding,” kata Arutchelvan pada sidang media bersama pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz.
Amira Aisya juga berkata risiko kekalahan sebab bukan utama mereka tidak bertanding dan menegaskan MUDA mempunyai banyak calon boleh diketengahkan.
“Dari segi kesediaan calon dan gerak kerja ada…banyak calon MUDA boleh diketengahkan.
“Namun setelah digariskan keutamaan untuk beri kuasa kepada rakyat menunjukkan referendum antara parti kerajaan dan parti pembangkang utama,” katanya memetik laporan FMT.
Kali terakhir MUDA dan PSM menyertai pilihan raya ialah PRN enam negeri pada Ogos 2023, di mana parti itu kalah semua kerusi ditandingi.
Kerusi itu termasuk di DUN Kuala Kubu Bharu yang menyaksikan calon MUDA Dr Siva Prakash tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) Lee Kee Hiong yang memperolehi majoriti 4,119 undi.
PRK diadakan susulan kematian Lee pada 21 Mac lalu akibat barah.
Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Pang Sock Tao dari DAP sebagai calonnya manakala Perikatan Nasional (PN) pula menamakan Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

