Majlis Anugerah Media SPRM 2023 iktiraf sumbangan pengamal media

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini telah menganjurkan Majlis Anugerah Media SPRM 2023 bagi menghargai sumbangan pengamal media dalam pelaporan berita mereka berkenaan jenayah rasuah.

Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu Anugerah Media Cetak/Portal Berita dan Anugerah Media Elektronik membabitkan lebih 20 penyertaan bagi laporan berita yang disiarkan sepanjang tahun 2023.

Anugerah Media Cetak/Portal Berita dimenangi oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dari Harian Metro, manakala Anugerah Media Elektronik pula dimiliki Salmiah Druhamad Drahsin dari Sinar Channel.

Baca artikel lain: Penjenayah rasuah makin licik, berpengetahuan atasi kelemahan undang-undang – Azam Baki

Anugerah Media SPRM kali pertama diperkenalkan pada tahun 2020 dan telah mendapat sambutan baik dalam kalangan media di negara ini yang menghantar dan menghasilkan laporan-laporan berita atau rencana berkaitan rasuah.

Majlis Anugerah Media SPRM 2023 diadakan di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Seramai enam pengamal telah dipilih sebagai pemenang pada kali ini yang bakal menerima hadiah wang tunai, trofi berserta sijil.

Setiap penyertaan telah diadili oleh dua juri berpengalaman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Mustapa Omar dan Penasihat Editorial Bebasnews, Datuk Mohd Zaini Hassan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This