Chegubard ditahan berkaitan hantaran isu kasino di Forest City

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, malam tadi dipercayai berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Peguambela dan peguamcaranya, Rafique Rashid memaklumkan, aktivis politik itu kini ditahan di IPD Dang Wangi.

Menurutnya, permohonan reman Chegubard didengar pada pukul 8.45 pagi ini.

Rafique berkata, siasatan ke atas Chegubard dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Chegubard kini ditahan di IPD Dang Wangi. Tangkapan terkait dengan hantaran dalam Facebook beliau berkaitan dengan kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg.

“Jam 8.45 pagi permohonan reman akan didengar di IPD Dang Wangi,” katanya.

Menerusi hantaran Chegubard di Facebook, beliau menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hab kewangan yang akan dibina di Forest City.

Baca artikel lain: Tuduhan palsu: MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim dan Papagomo

Beliau turut ‘berterima kasih’ kepada agensi berita Business Times Singapore dan Bloomberg kerana melaporkan berita berkenaan kepada umum.

Khamis lalu, Perdana Menteri menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah kasino berlesen di Forest City dengan menyatakan bahawa laporan media itu adalah tidak betul.

Ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines (MAB), Sepang, Anwar menegaskan pihak dikaitkan dalam laporan yang mendakwa kerajaan merancang mengeluarkan lesen pengoperasian kasino itu perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi berita itu.

Laporan agensi berita itu mendakwa bahawa pengasas Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Tay, sedang berbincang dengan kerajaan berhubung pembukaan sebuah kasino di Forest City.

Menurut dakwaan laporan itu lagi, perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih pada peringkat awal.

Projek Forest City yang terletak di Gelang Patah, bermula pada 2015 dengan 28,000 unit kediaman telah siap dibina, setakat ini, selain fokus utama pemaju kepada pulau buatan pertama seluas 560 hektar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan dibangkitkan terhadap projek Battersea Power Station tidak berasas

DUA laporan forensik yang dikemukakan berhubung dakwaan penilaian harga tidak munasabah (overvaluation) dalam projek Battersea Power Station merumuskan bahawa...

More Articles Like This