Peruntukan RM1.32 juta selenggara RKAT Kem Seri Pantai Terengganu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK RM1.32 juta diperuntukkan bagi menyelenggara 301 unit kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan blok penginapan Kem Seri Pantai, Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para) di Kuala Terengganu, Terengganu.

Penyerahan mock cheque bagi melaksanakan penyelenggaraan itu telah disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada lawatan kerja dan majlis Aidilfitri bersama anggota serta keluarga di Kem Seri Pantai, semalam.

Majlis penyerahan itu dilakukan kepada Panglima 10 Briged, Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan, Mohamed Khaled yang diiringi Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Hafizuddeain Jantan turut melihat sendiri keadaan persekitaran kediaman yang didiami warga Tentera Darat.

Beliau juga menerima taklimat dan mengunjungi dua buah rumah anggota tentera yang menetap di RKAT Kem Seri pantai.

“Secara keseluruhan, RKAT ini menyediakan sejumlah 301 unit kediaman meliputi pecahan sebanyak 26 unit yang diperuntukkan untuk pegawai; 35 unit untuk Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dan 240 unit untuk Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR).

“Simbolik penyerahan peruntukan ini membuktikan Kementerian Pertahanan sentiasa cakna dan komited dalam usaha memelihara kebajikan dan kemaslahatan warga Tentera Darat.

“Aspek kebajikan warga ATM sentiasa menjadi nadi utama yang dititikberatkan dalam menjamin tahap kesejahteraan warga sentiasa terpelihara dan memiliki moral tinggi dengan kualiti hidup yang sejahtera,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel lain: Penghuni RKAT Desa PULADA tarik nafas lega, masalah air selesai

Dalam majlis yang sama, Mohamed Khalid turut menyempurnakan Sumbangan Pendidikan MADANI oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) untuk anak-anak ATM Tahun 1 sesi persekolahan 2024.

Katanya, seramai 10 pelajar telah menerima insentif berjumlah RM50 secara sekali beri yang dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN Prime).

“Inisiatif murni ini akan memastikan anak-anak ATM memiliki akaun simpanan di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi memudahkan urusan pendidikan tinggi mereka pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu, turut diadakan penyampaian bantuan kebajikan YLTAT kepada 14 penerima daripada kalangan anggota atau waris yang menghidap penyakit kronik.

“Setiap penerima sumbangan menerima sumbangan sebanyak RM300 secara sekali beri.

“Sumbangan yang disalurkan ini mencerminkan keprihatinan dalam membantu meringankan beban warga Tentera Darat dalam pengurusan kehidupan seharian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This