Dakwaan rasuah pegawai TLDM: Chegubard direman dua hari

Dari Penulis

AHLI Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dilaporkan direman selama dua hari bagi membantu siasatan susulan dakwaannya berhubung isu rasuah melibatkan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perkara tersebut disahkan peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali seperti dilaporkan Malaysiakini, hari ini.

Menurut Muhammad Rafique, perintah tahanan reman terhadap Chegubard telah dibenarkan Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Beliau berkata, Badrul Hisham disiasat di bawah Seksyen 203 (a) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, memberi maklumat palsu menggunakan rangkaian telekomunikasi.

Katanya, pihak polis memohon supaya mahkamah membenarkan tempoh reman selama empat hari tetapi majistret hanya meluluskan tempoh reman dua hari ke atas aktivis politik itu.

“Jadi Chegubard (Badrul Hisham) akan ditahan reman sehingga esok, dan dia akan dibebaskan jika tiada permohonan reman lanjutan,” katanya.

Baca artikel lain: Perbicaraan kes penerbitan menghasut Chegu Bard ditetapkan 18 November

Semalam, media melaporkan, Badrul Hisham hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membuat laporan mengenai isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi TLDM.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, dilaporkan berkata pihaknya menahan Badrul Hisham kira-kira jam 3 petang ketika hadir ke IPD Putrajaya dan akan memohon perintah reman terhadap lelaki itu bagi siasatan lanjut hari ini.

Pada 22 Julai lalu, Chegubard menyiarkan dokumen sulit di Facebook dan ia didakwa diterimanya pada 15 Julai.

Dokumen itu dialamatkan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ia didakwa ditandatangani oleh Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan mengandungi aduan mengenai calon ‘pilihan pihak tertentu’ untuk menggantikan pegawai tertinggi TLDM itu yang akan bersara tidak lama lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This