KETUA Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menempelak laporan media yang mengatakan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa.
Menurut Ahmad Fadhli, hal itu kerana penggunaan ayat ‘dipanggil untuk siasatan SPRM’ adalah berbeza dengan ‘ditahan oleh SPRM’.
Ahmad Fadhli turut menyindir calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu berhubung penggunaan bahasa Melayu yang betul.
“Wartawan pun tidak mahir dalam bahasa Melayu, apa nak jadi ni?
“Sepatutnya wartawan yang biasa berinteraksi menggunakan bahasa Melayu boleh membezakan dua ayat ini.
“Lainlah calon PRK dari parti tertentu, yang hanya ada pengalaman bekerja dalam partinya sahaja, tidak pelik jika tidak mahir berbahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, SPRM mengesahkan mengambil keterangan daripada Mohd Shukri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini.
Begitupun, Menteri Besar Perlis itu tidak direman oleh SPRM Putrajaya.
Menurut satu hantaran dalam Facebook milik Mohd Shukri hari ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Perlis itu sudah dibenarkan pulang selepas keterangannya diambil bermula dari 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

