Kemerosotan kebebasan media buktikan sifat kuku besi kerajaan – PN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMEROSOTAN Malaysia dalam Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan RSF ke tangga 107 tahun ini membuktikan sifat kuku besi kerajaan hari ini. 

Ketua Portfolio Komunikasi Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan turut menyifatkan penurunan 34 anak tangga berbanding kedudukan ke-73 tahun lalu itu menonjolkan ‘penipuan’ Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. 

Wan Saiful mendakwa, janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) mengenai jaminan kebebasan media adalah palsu.

Perkara itu, dakwa Wan Saiful turut menunjukkan bahawa kebebasan media di negara ini berada dalam keadaan kritikal dan parah. 

Menurut beliau, Malaysia melonjak ke tangga 73 pada tahun 2023 menerusi hasil usaha kerajaan PN pada tahun sebelum itu. 

Katanya, laporan tahun ini adalah penilaian terhadap setahun penuh kerajaan PH-BN terutama kepada prestasi Fahmi sebagai menteri yang bertanggungjawab sepanjang tempoh kajian dijalankan. 

“Hasil kerja Fahmi sepanjang 2023 menjahanamkan hasil kerja sebelumnya sehingga kedudukan Malaysia merudum begitu teruk. 

“Sepanjang 2023, kita melihat Fahmi memberi pelbagai alasan apabila kerajaan menyekat laman media yang mengkritik kerajaan antaranya MalaysiaNow, Malaysia Today, TV Pertiwi dan UtusanTV. Kerajaan juga membatalkan pas media rasmi Harakah. 

“Bukan setakat itu, pengamal media dan aktivis media sosial ditekan dan ditakutkan dengan tindakan undang-undang sehingga membantutkan kesuburan kebebasan bersuara dalam negara kita,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyifatkan Fahmi telah ‘memalukan’ negara kerana kedudukan Malaysia di tangga 107 hanya sedikit tinggi berbanding Burundi (108); Mongolia (109) dan Zimbabwe (116). 

Malah, kata beliau, kedudukan Malaysia tahun ini lebih teruk berbanding Israel yang berada di tangga 101.

Baca artikel lain: Kebebasan media merosot di Asia, kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga

Sehubungan itu, Wan Saiful menegaskan, Fahmi mesti mengambil tanggungjawab dan mengakui beliau telah ‘menjahanamkan’ kebebasan media di Malaysia.

“PH pernah berjanji untuk memberi jaminan memelihara dan meningkatkan kebebasan media di negara ini. 

“Tetapi apabila berkuasa, media-media dicengkam dengan tindakan drakonian dan kuku besi. 

“Fahmi tidak boleh dibiarkan memutarbelit kata-kata untuk mencipta alasan kenapa situasi ini berlaku,” katanya. 

Indeks Kebebasan Akhbar 2024 yang dikeluarkan RSF menyaksikan Malaysia kini berada di kedudukan 107, merudum 34 anak tangga berbanding tahun lepas apabila berada di tempat ke- 73, satu kedudukan yang bukan lagi terbaik di rantau ini.

Untuk kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara ASEAN apabila dipintas oleh Thailand yang kini berada di kedudukan ke-87.

Menurut indeks itu, penurunan rating tahap kebebasan media di Malaysia berpunca daripada tindakan kerajaan masa kini yang sering menyekat laman berita yang mengkritik kerajaan.

Bagaimanapun, Fahmi dalam kenyataan menerima dengan hati terbuka mengenai laporan tersebut dan sedang merangka usaha-usaha yang lebih mapan pada masa hadapan bagi memperbaiki kedudukan itu. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This