Kebebasan media merosot di Asia, kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga

Dari Penulis

TAHAP kebebasan media di rantau Asia kembali merosot apabila penapisan kandungan kembali meningkat di beberapa negara di samping ancaman pendakwaan daripada kerajaan, di samping laman-laman media yang mengkritik akan disekat daripada beroperasi.

Di Korea Selatan, beberapa media telah diancam dengan pendakwaan oleh kerajaan dengan alasan memfitnah, manakala ancaman prosiding fitnah menyebabkan wartawan berada di tempat yang singkat di Mongolia dan laman-laman berita yang mengkritik kerajaan sering disekat di Malaysia.

Menurut Indeks Kebebasan Akhbar 2024 kelolaan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris, Malaysia kini berada di kedudukan 107, merudum 34 anak tangga berbanding tahun lepas apabila berada di tempat ke- 73, satu kedudukan yang bukan lagi terbaik di rantau ini.

Untuk kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara ASEAN apabila dipintas oleh Thailand yang kini berada di kedudukan ke-87.

Menurut indeks itu, penurunan rating tahap kebebasan media di Malaysia berpunca daripada tindakan kerajaan masa kini yang sering menyekat laman berita yang mengkritik kerajaan.

Sekatan itu, antaranya pernah berlaku terhadap portal berita UtusanTV yang digerakkan oleh bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia), portal MalaysiaNow dan juga TV Pertivi.

Malaysia kini berada di bersama kelompok negara seperti Maldives (106) dan Burundi (108).

Kedudukan bagi negara-negara lain di Asia Tenggara seperti berikut: Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Indeks RSF itu melibatkan 180 negara.

RSF ialah badan antarabangsa yang memantau kebebasan media di seluruh dunia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This