DUA lagi polis termasuk seorang pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) telah ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan RM1.25 juta ke atas individu yang disiasat berhubung kes mata wang kripto.Â
Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, seorang lagi yang ditahan adalah anggota berpangkat Sarjan.
Setakat ini, kata beliau, lima individu telah ditahan termasuk seorang Asisten Komisioner bagi membantu siasatan kes pemerasan tersebut.
Beliau berkata, tangkapan terbaharu itu dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Razarudin memaklumkan, tiga pegawai kanan polis yang ditahan sebelum ini semuanya bertugas di sebuah bahagian di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman telah dikenakan tahanan reman empat hari.
“Tangkapan membabitkan pegawai JSJK telah diberi reman empat hari bermula hari ini yang akan berakhir Selasa ini,” katanya.
Baca artikel lain: Pemerasan RM1.25 juta : Tiga pegawai kanan polis ditahan
Semalam, tiga pegawai kanan polis dari JSJK Bukit Aman dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis melibatkan kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Tiga pegawai itu, masing-masing berpangkat ACP, Deputi Superintendan (DSP) dan Inspektor berusia antara 38 hingga 50 tahun ditahan di sekitar Jalan Tun Razak.
Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan.Â
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

