Hannah kecam penyerang Faisal, polis minta orang ramai bantu siasatan

Dari Penulis

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam serangan yang berbentuk simbahan asid ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang disifatkan sebagai satu keganasan kepada atlet negara.

Beliau menerusi satu ciapan di platform X (Twitter) turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera ke atas individu yang menyerang pemain Selangor FC tersebut di sebuah pusat belah belah di Lembah Klang, hari ini.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Tiada keganasan dalam sukan.

“Saya meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku,” kata Hannah dalam ciapan X tersebut.

Polis Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan pemain Harimau Malaya itu cedera akibat disimbah cecair dipercayai asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mangsa dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil dengan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

“Pada jam 5.52 petang tadi, polis Petaling Jaya menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan kecemasan 999 bahawa seorang pemain bola sepak kebangsaan telah disimbah cecair dipercayai asid.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This