Gagal beri nafkah batin, hilang nafsu punca Ria Ricis bercerai dengan Teuku Ryan

Dari Penulis

PEMPENGARUH Youtube, Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas tersebar dokumen mahkamah berhubung punca perpisahan mereka, walaupun sudah sah bercerai pada Jumaat lalu.

Menerusi dokumen itu, dikatakan Ryan gagal memberi nafkah batin kepada Ria dan mendakwa bahawa sejak awal tahun lalu, hubungan intim pasangan suami isteri sangat jarang dilakukan.

Malah, Ryan turut mengkritik fizikal tubuh Ria yang dianggap terlalu kurus serta merasakan payudara isterinya itu terlalu kecil dan mendatar.

Susulan dari kritikan tersebut, Ria mengaku telah merasakan perasaan malu dan rendah diri, serta pernah mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan (implan payudara) sebagai jalan mudah untuk menarik perhatian Ryan.

Tambahan itu, Ria turut menjelaskan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan seperti membawa Ryan berjumpa pakar kesihatan dan melakukan rawatan alternatif untuk menyembuhkanya, namun segalanya tidak berhasil.

Ujar Ria, Ryan kerap memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukan hubungan intim bersama.

“Mereka juga cuba berruqyah malah membeli suplemen yang boleh meningkatkan ghairah dan suplemen lain yang seumpanya.

“Tetapi Defendan (Teuku Ryan) meminumnya untuk bermain bola sepak. Malah Ryan selalu beri alasan keletihan atau selesema dan sebagainya setiap kali mahu berhubungan badan,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Ryan menafikan dakwaan tersebut serta menolak untuk mengulas isu terbabit semasa prosiding mahkamah.

Kata Ryan, dia telah memenuhi segala tuntunan dan tanggungjawabnya sebagai suami dalam memberi nafkah batin selepas Ria melahirkan anak pertamanya pada Julai 2022 lalu.

Untuk info, Ryan dan Ria berkahwin pada 12 November 2021 sebelum sah bercerai Jumaat lalu.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Cut Raifa Aramoana, namun bercerai pada Jumaat lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This