Mahalini akan peluk agama Islam sebelum acara pernikahan di Jakarta

Dari Penulis

PELAWAK Sule, mengesahkan bahawa bakal menantunya iaitu penyanyi Mahalini akan memeluk agama Islam sebelum bersuamikan anaknya, Rizky Febian dalam mendirikan bahtera perkahwinan di Jakarta pada 8 Mei ini.

Menurut Sule, 48, berkata berita yang baru-baru ini tersebar di media sosial yang mengaitkan anak lelakinya, Rizky, telah melangsungkan majlis pernikahan di Bali, Indonesia, sama sekali tidak benar.

Malah, dia memberitahu bahawa majlis resepsi akan berlangsung dalam masa terdekat serta menunggu kehadiran menantunya iaitu Mahalini untuk memeluk Islam terlebih dahulu.

“Berita yang tersebar tentang adanya majlis resepsi adalah tidak benar. Selepas ini baru akan ada acara pernikahan.

“Mahalini akan berpindah agama dan keluarganya sudah izinkan. Kini sudah boleh bernikah mengikut cara islam di Jakarta,”katanya menerusi perkongsian video di saluran Youtube miliknya pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa upacara yang dilakukan di kediaman keluarga Mahalini di Bali sebelum ini merupakan istiadat tradisi mempamit.

Hal ini dilakukan sebagai adat meminang atau meminta izin keluarga untuk menjadikan Mahalini sebagai isteri buat Rizky sebelum melangsungkan pernikahan bersama.

“Ini adalah acara mempamit. Kami keluarga lelaki meminta izin untuk meminang. Yang katakan ia sebagai acara penikahan, itu adalah salah.

“Jika mahu lebih jelas sila baca di Google supaya tidak salah faham,” katanya lagi.

Terdahulu, telah wujud kontroversi terhadap keabsahan perkahwinan antara Mahalini dan Rizky yang didakwa tidak sah kerana perbezaan agama diantara mereka.

Perkara ini terjadi lantaran Mahalini merupakan penganut agama Hindu manakala Rizky adalah seorang Muslim yang jelas bertentangan dengan hukum agama Islam.

Walau bagaimanapun, pasangan ini telah melangsungkan pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This