KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UNIMAP

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, awal pagi tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan kementerian juga akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada UniMAP susulan insiden itu. 

“Semoga semua yang terlibat tabah dan KPT akan memastikan segala perkara berkaitan akan diberi perhatian sewajarnya,” katanya menerusi hantaran Facebooknya malam tadi.

Hari ini media melaporkan sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

Zambry berkata beliau juga dimaklumkan bantuan segera telah diberikan oleh UniMAP bagi tujuan kebajikan dan penempatan sementara kepada pelajar yang terlibat, termasuk dari segi urusan barangan keperluan dan makanan.

“Bangunan yang menempatkan asrama pelajar ini telah dikosongkan dan UniMAP telah mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keselamatan pelajar diberi keutamaan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pelajar yang terlibat supaya sentiasa berhubung dan mendapatkan maklumat terkini daripada universiti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Paraguay buat kejutan, singkirkan Jerman menerusi penentuan penalti

PARAGUAY mencipta kejutan terbesar setakat ini apabila menyingkirkan Jerman pada pusingan 32 terakhir Piala Dunia 2026 menerusi penentuan sepakan...

More Articles Like This