Yusof Haslam dah reda dengan sikap Syamsul Yusof tak pulang ke rumah, tiada perasaan benci

Dari Penulis

PENGARAH dan penerbit, Datuk Yusof Haslam reda dengan tindakan anaknya, Syamsul Yusof yang enggan kembali ke pangkuan keluarga.

Ujar Yusof atau nama lengkapnya Datuk Mohd Yusof Md Haslam, 70, dia dan isteri iaitu Datin Patimah tidak pernah menolak peluang untuk bertemu bersama Syamsul.

Malh, dia mengungkapkan kerinduan yang mendalam serta berdoa terhadap kesejahteraan anaknya itu.

“Kami sekarang ini sudah tahap reda. Kami tak pernah buang dia dan pastinya sentiasa merindui dan menyayanginya.

“Jika dia ingat mahu balik, Alhamdulillah. Terserahlah kepada dia nak balik atau tidak,” ujarnya memetik laporan mStar.

Pada masa yang sama, Yusof juga mendedahkan bahawa dia dan isterinya sudah lama tidak berjumpa anaknya itu setelah memilih untuk membina kehidupan berumah tangga dengan Ira Kazar sejak Januari 2023.

Baginya, tidak ada ruang untuk menyimpan perasaan benci, sebaliknya, kini dia berusaha untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sambil menikmati kebahagiaan bersama keluarga yang ada.

“Ketika awal dia tak pulang ke rumah dulu ada juga rasa terluka. Sekarang masa sudah berlalu, saya lebih fokus dekatkan diri pada Allah dan menikmati hari-hari bersama keluarga.

“Kami juga ada anak-anak dan cucu-cucu yang lain.

“Kenapa nak beratkan otak fikir fasal ini? Walau apa yang berlaku, saya tak pernah ada perasaan benci,” ujarnya lagi.

Selain itu, sebagai bapa dan penerbit filem,dia akan terus menyokong perjalanan seni anaknya, walaupun karya-karya tersebut tidak diterbitkan di bawah syarikat keluarganya, iaitu Skop Productions, demi kejayaan dan kemajuan anaknya.

“Ketika Syamsul buat filem sebelum ini ada yang beritahu dan minta saya sokong karyanya. Mestilah saya akan sokong. Saya juga mahu melihat Syamsul berjaya biarpun tidak bekerja dengan saya.

“Biar nanti orang kata yang berjaya itu adalah anak Yusof Haslam,” akhirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This