Warna Warni Rahmah Aidilfitri Sinergi Budi santuni anak yatim Asrama Damai Kuang

Dari Penulis

Seramai 68 orang anak-anak yatim dan pihak pengurusan Asrama Damai Kuang, Selangor telah diraikan menerusi Program Warna Warni Rahmah Aidilfitri 1445H. Program anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Sinergi Budi (Sinergi Budi) dengan kerjasama Yayasan Taqwa MAIWP ini diadakan di Asrama Damai Kuang (ADK), Selangor pada 8 Mei 2024.

Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Perhubungan Strategik & Latihan Sinergi Budi, Mohamad Nizam Abdul Hamid, program seumpama ini bertujuan untuk meraikan kegembiraan Syawal bersama anak-anak yatim.

Program ini merupakan lanjutan daripada Program Iftar Santun Ramadan 1445H – Sinergi Budi yang diadakan pada 19 Mac 2024 lalu, juga bertempat di ADK, Selangor.

“Sinergi Budi akan terus berbakti untuk kemaslahatan ummah keseluruhannya dengan menganjurkan pelbagai program pada masa akan datang.

“Ia selari dengan objektif penubuhannya dengan menjalin kolaborasi strategik dengan, IPTA, Kolej Vokasional, pelbagai agensi dan kementerian yang terlibat tertakluk kepada kelulusan dana yang diperolehi,” kata Mohamad Nizam dalam satu kenyataan media.

Malah jelasnya, Sinergi Budi ditubuhkan dengan memberi fokus kepada misi kemanusiaan, kebajikan, pendidikan dan pengurusan acara untuk manfaat masyarakat keseluruhannya.

Beliau berkata, ia melibatkan anak-anak yatim golongan asnaf terutamanya melalui pelbagai aktiviti pendidikan dan kebajikan untuk manfaat pelbagai golongan tersebut. Pihak Pengurusan ADK diwakili oleh Hidayah, Muhd Al-Ikhmah dan beberapa orang kakitangan ADK.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This